Archive for Love

Pasrah..

..aku sudah lama tidak menulis panjang2.dan kalau ada pun tulisan yang panjang2 itu semuanya berbunyi marah2 saja.benci.meluat dan sudah tidak ada kasih sayang seperti dulu2.mengapa?hati sudah tidak berbunga cinta lagi agaknya.suram saja sejak akhir2 ini..

 ..bergaduh dengan dia macam dah jadi makanan harian.lapar jer jadinya kalau tak dapat bergaduh.tapi,pergaduhan malam tadi buat aku tersentak.terduduk dan mata tak boleh tidur sebab otak tak berhenti berfikir.inikah cinta yang aku cari?..

 ..sampai waktu perkara2 ini ditulis pun,aku masih juga tidak jumpa apa ayat dan penjelasan yang sesuai tentang kenyataan itu.benarkah sudah tiada cinta lagi di hati kami?entahlah.tapi,kata2 sebuah buku yang aku pernah baca masa sekolah2 dulu-cinta yang sudah di ikat pun bisa terlerai gara2 takdir..

 ..aku??..

 ..tidak mahu cinta itu terlerai.sumpah sampai mati pun aku tak mahu ada perkara yang tidak baik terjadi dalam perhubungan kami ini.sungguh.aku sayangkan dia.dan sampai bila2 pun aku sayangkan dia.dan kalaulah suatu hari nanti dia sudah tidak lagi sayangkan aku,aku tetap juga sayangkan dia.bukan kerana apa2 pun,tetapi aku sayangkan dia kerana dia.kerana dia saja..

..aku akur malah sedar,semua ini kerja Tuhan..

..tapi aku juga yakin.Tuhan yang satu itu tidaklah pula akan menghampakan doa2 hamba-Nya yang meminta dan berharap atas apa2 juga yang di inginkan..

..dan sampai saat ini pun aku masih berharap..

..sayang,

cinta untuk manusia berlainan jantina

yang Allah kurniakan ini

yang hanya akan sah dengan lafaz ijap dan kabul ini

hanya untuk awak

hanya untuk awak..

Leave a comment »